“Ia kini seolah-olah tidak boleh dikawal lagi. Semakin ramai ahli masyarakat kita yang terlibat dalam isu judi ini.
“Kami cadang SKMM buat syarat baharu terhadap kawalan bukti transaksi yang ingin dibuat. Apakah ia melibatkan judi dalam talian atau perkara lain yang lebih berfaedah,” katanya semasa sidang media berhubung judi dalam talian di pejabatnya di sini hari ini.
Nadzim mengulas isu peningkatan laman web perjudian haram terutama di aplikasi sosial seperti WeChat dan BeeTalk.
Sebelum ini, SKMM memaklumkan sudah melaksanakan sekatan ke atas 301 laman web perjudian haram bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Tegas agensi itu, ia adalah sebahagian daripada 940 permohonan untuk menyekat akses perjudian dalam talian yang dikemukakan pihak berkuasa seperti polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).