Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
737) BERITA HARIAN 15 MEI 2013-Pelbagai pihak kecam tindakan Gereja NECF
16 May 2013

Kuala Lumpur:
Pelbagai pihak menyelar tindakan Gereja National Evangelical Christian
Fellowship (NECF) menggunakan kalimah Allah dalam poster di laman Facebooknya.
Aktivis Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tindakan biadab itu
jelas menunjukkan mereka tidak menghormati hubungan baik antara kaum di negara
ini dan PPIM bersama 83 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam akan membuat laporan
polis berhubung perkara itu selepas ini.
Persoal tindakan
Kenapa perlu guna
kalimah Allah sedangkan banyak lagi perkataan yang boleh dirujuk? Tolong jangan
jejaskan hubungan baik antara kaum di negara ini. Kita kini diuji dengan
pelbagai perkara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Kenapa perlu
memburukkan lagi keadaan?, katanya.
Beliau mengulas
kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal
Abu Bakar yang menggesa umat Islam tampil membuat laporan polis mengenai poster
di laman sosial Facebook NECF, persatuan yang beralamat di Petaling Jaya itu.
Di bawah projek
Malaysia My Home, NCEF menggunakan poster bertulis ‘panggilan kepada semua
gereja dan orang Kristian untuk merangkul, mengasihi dan memberkati negara ini dengan
hadirat dan kuasa Allah’.