Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
773) UTUSAN MALAYSIA 13 JUN 2013-Cari punca secara serius
14 Jun 2013

DR AHMAD ZAKI ISMAIL
KUALA LUMPUR 12 Jun
– Kerajaan digesa mengkaji semula harga kereta keluaran negara ASEAN dengan
kapasiti enjin di bawah 1,500cc di pasaran tempatan berikutan perbezaannya yang
ketara dengan negara-negara jiran.
Penasihat Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, perbezaan ketara
itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan duti eksais kenderaan di negara ini
telah diselaraskan dengan negara ASEAN lain.
Tambah beliau, dasar
tersebut sepatutnya dinikmati rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan
sederhana, bukannya syarikat pengeluar kereta.
“Kita bimbang
sekiranya terdapat syarikat pengeluar kereta tidak bersikap jujur dengan
menyembunyikan nilai sebenar kereta bagi mendapatkan keuntungan atas angin yang
tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas
laporan Utusan Malaysia hari ini berhubung persoalan mengenai harga kereta popular
yang dikeluarkan di negara-negara ASEAN dengan kapasiti enjin di bawah 1,500cc
di pasaran tempatan yang sepatutnya lebih murah kerana duti eksais dikenakan
kerajaan hampir setara dengan duti dikenakan di negara jiran, Thailand dan
Indonesia.
Menurut sumber
industri, secara purata duti eksais yang dikenakan ke atas model-model popular
berkenaan adalah kira-kira 40 hingga 50 peratus di negara ini, manakala di
Thailand dan Indonesia cukai sama antara 30 hingga 50 peratus.
Ahmad Zaki menambah,
harga kenderaan itu juga sepatutnya lebih kompetitif memandangkan kebanyakan
syarikat pengeluar kenderaan tersebut mempunyai kilang di negara-negara ASEAN.
“Dalam keadaan
ini, pengeluar-pengeluar kenderaan tersebut mampu beroperasi dengan kos lebih
rendah sekali gus membantu usaha penurunan harga kereta,” katanya.
Sementara itu,
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),
Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, selain harga kereta yang dikeluarkan negara
ASEAN, kerajaan juga wajar menyemak semula cukai jualan kereta import yang
masih boleh dikurangkan.
Katanya, usaha itu
bagi membolehkan kenderaan import dijual lebih murah sekali gus memberi manfaat
kepada pengguna selain merancakkan sektor automotif negara.
“Penurunan
harga kereta import melalui pengurangan cukai jualan itu juga mampu melonjakkan
daya saing syarikat automotif nasional, Proton dan Perodua dengan jenama-jenama
kenderaan antarabangsa,” katanya.
Menurut beliau,
dasar itu boleh dilaksana secara berperingkat bagi mengelak memberi kesan
negatif terhadap harga kenderaan terpakai, pemilik kereta yang masih berhutang
dengan bank, pengusaha industri kereta terpakai dan institusi pembiayaan.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130613/dn_08/Cari-punca-secara-serius#ixzz2WAQyc98A

© Utusan Melayu (M)
Bhd