1002) BERITA HARIAN 23/11/13-Wajar tangguh kenaikan elak beban rakyat
26 Nov 2013
Kuala Lumpur: Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) wajar menangguhkan kenaikan cukai pintu supaya
rakyat terutama golongan muda tidak menanggung beban yang semakin tinggi.
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata
cadangan itu wajar diteliti kerana pelaksanaannya akan membebankan orang ramai
terutama ketika keadaan ekonomi tidak menggalakkan.
Ambil kira
kepentingan semua pihak
Katanya, ABIM tidak
menafikan keperluan penstrukturan semula cukai pintu untuk menjana pendapatan
DBKL tetapi pelaksanaannya harus mengambil kira kepentingan semua pihak dan
mengikut masa yang sesuai.
“Rakyat belum
lagi reda dengan isu kenaikan harga minyak dan pelaksanaan cukai barangan dan
perkhidmatan (GST). Kini, mereka terpaksa menanggung kenaikan cukai pintu pula.
“Ia
membebankan, terutama dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekarang,” katanya
ketika dihubungi BH, semalam.
Sementara itu,
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan tindakan menaikkan kadar
cukai pintu tidak wajar kerana pendapatan isi rumah masih berada dalam keadaan
statik ketika ini.
Pegawai Kerja PPIM,
Mohd Mustaffa Hamzah, berkata cadangan kenaikan itu tidak sesuai ketika
penduduk ibu kota terpaksa berdepan dengan kos kenaikan barang dan sara hidup
yang tinggi.
Post Views: 126