Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah
organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta
Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif
sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan
dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1)
telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi,
namun wujud banyak faktor yang menjejaskan
kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam
isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia.
InshaaAllah.
Menjadi badan peneraju utama dalam memastikan kepentingan ummah dan pengguna terbela tanpa mengira bangsa dan agama.
Menjadi suara dan pembela dalam memperjuangkan hak pengguna yang sering ditindas dan dizalimi melalui usaha bantuan serta program kesedaran dan didikan