1030) HARIAN METRO 9/12/2013 TUBUH PASUKAN PANTAU PELAJAR ASING
09 Dec 2013
Headline: Tubuh pasukan pantau pelajar asing
Publication: HM
Date of publication: Dec 9, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 013
Kuala Lumpur: Satu pasukan khas perlu ditubuhkan di
institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil pelajar asing bagi mengesan
kegiatan menyalahgunakan visa pelajar masuk ke negara ini semata-mata mahu
menjadi pelacur.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk
Nadzim Johan berkata, senario itu perlu dipandang serius pihak berkenaan, jika
tidak dibendung bimbang kegiatan pelacuran di kalangan gadis asing terus
meningkat.
“Mana-mana IPT sama ada awam atau swasta harus peka
bukan hanya memikirkan untung semata-mata kerana mereka yang menggunakan visa
itu sememangnya sudah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di negara ini.
“Jika didapati mereka tidak hadir mendaftar, pasukan
berkenaan harus mengenal pasti status mereka dan melaporkan kepada pihak
atasan,” katanya.
Nadzim berkata demikian ketika mengulas mengenai perbuatan
licik gadis warga asing yang menyalahgunakan visa pelajar untuk ke negara ini
sebaliknya bekerja sebagai pelacur.
Semalam Metro Ahad melaporkan, seorang gadis dari negara
Arab ditangkap imigresen kerana menjadi pelacur di salah sebuah kelab malam di
ibu kota selepas masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.
Post Views: 120