Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1046) BERITA HARIAN 23/12/2013 60 ORANG DIISYTIHAR BANKRAP SETIAP HARI
23 Dec 2013

             

Headline: Seminar beri golongan sasar peluang kedua
Publication: BH
Date of publication: Dec 23, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 025
Siri jelajah Taklimat Bebas Muflis: Harapan Baru, Peluang
Kedua akan diadakan di enam negeri bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
7 Januari ini sebagai langkah menarik 20 peratus lagi golongan muflis tampil
mendaftar.
Pengerusi Sekretariat Bebas Muflis, Datuk Sohaimi Shahadan,
berkata taklimat itu bagi memberi peluang golongan muflis berdialog dan
memahami kes kebankrapan dengan lebih mendalam, di samping memberi maklumat dan
khidmat nasihat mengenai status mereka.
Menerusi program ini mereka boleh mendaftar dan menyerahkan
dokumen berkaitan sebelum diberi bantuan membebaskan diri daripada muflis.
“Siri jelajah taklimat dan pendaftaran ini dibuka
kepada semua rakyat Malaysia. Keutamaan diberi kepada mereka yang disahkan
muflis atau dalam proses pengesahan mahkamah. Pendaftaran dibuat di laman
sesawang www.bebasmuflis.com dengan mengisi borang dalam talian bagi memudahkan
pengumpulan maklumat.
“Setiap maklumat yang diisi akan menerima nombor
rujukan bagi memudahkan data disisih dan dinilai oleh panel penasihat
profesional,” katanya.
Utama golongan teraniaya
Keutamaan juga diberikan kepada golongan muflis yang
teraniaya dan menjadi penjamin. Maklumat mereka terus dihantar ke Jabatan
Insolvensi Malaysia untuk diselesaikan segera.
“Mereka ini adalah golongan teraniaya oleh peminjam dan
sindiket curi yang banyak berlaku di seluruh negara. Oleh itu, kami melihat
nasib mereka perlu dibela. Mereka kini sukar menjalani hidup normal dan
menghadapi kesempitan hidup,” katanya.
Katanya, kes muflis yang lain akan dinilai serta perhalusi
oleh panel penasihat untuk dibantu dan diselesaikan.
Sohaimi berkata, mereka yang terbabit tidak perlu takut
kerana tugas sekretariat adalah untuk membantu bukan menahan mereka, malah
semua maklumat dijamin akan dirahsiakan.
“Apa yang penting mereka tidak lagi disenaraihitamkan
sehingga tidak boleh mendapat pinjaman bank dan keluar negara.
Pandang serius masalah
“Lebih teruk, mereka berputus asa dengan memencilkan
diri kerana menganggap kehidupan sudah berakhir. Kita memandang serius masalah
ini, oleh itu taklimat ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang
terbabit,” katanya.
Sekretariat ini turut mendapat kerjasama Persatuan Pedagang
dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM). Kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menawarkan bantuan secara
sukarela.
Sohaimi berkata, setiap kes bagaimanapun perlu mengambil
masa untuk diselesaikan kerana penelitian terperinci dan siasatan mendalam
perlu dilakukan pihaknya dan juga pihak berkuasa.
“Masalah ini tidak boleh diselesaikan secara automatik
dan ia juga memerlukan mahkamah bagi membuat perisytiharan bebas muflis,”
katanya.
INFO
Taklimat muflis
Johor Bahru – 25 Januari 2014.
Melaka – 26 Januari 2014.
Kelantan – 8 Februari 2014.
Terengganu – 9 Februari 2014.
Sabah – 23 Februari 2014.
Kedah dan Perlis – 8 Mac 2014.
Pulau Pinang – 9 Mac 2014.
Pahang – 23 Mac 2014.
Sarawak – 6 April 2014.
Negeri Sembilan – 26 April 2014.
Perak – 27 April 2014