1057) RAKYAT NEWS 24/12/2013 ISU MUFLIS : PPIM TEMPELAK TINDAKAN BANK SECARA MELULU
26 Dec 2013
. KUALA LUMPUR 24 Dis – Presiden Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan hari
ini menempelak sikap beberapa pihak bank yang mengambil tindakan secara melulu
dengan menyenarai hitamkan nama seseorang yang didakwa membuat pinjaman tanpa
membuat sebarang kajian.
Nadzim berkata, pihak bank sepatutnya melalui beberapa
prosedur termasuk mengesan peminjam yang didakwa membuat pinjaman tersebut
sebelum mengambil tindakan saman serta mengisytiharkan seseorang peminjam
tersebut muflis.
“Kita telah banyak menerima aduan yang mana membawa
maksud sistem dan prosedur yang wajib dijalankan oleh pihak bank tidak
dilakukan dengan baik.
“Ianya tidak munasabah kerana pihak bank perlu
menghantar beberapa dokumen seperti surat saman serta mengesan seseorang
terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media bagi mendedahkan
seorang mangsa yang menghadapi tindakan saman selepas dikatakan mempunyai
hutang pinjaman berjumlah RM 84Juta di Kondominium Villa Puteri di sini.
Beliau menjelaskan, orang ramai seharusnya mengetahui setiap
prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak bank agar mereka boleh mengambil
tindakan dengan memprotes tindakan sesebuah bank tersebut.
“Ramai kita tidak tahu dan tidak paham dan tiba-tiba
sahaja peminjam akan diisytiharkan sebagai bankrap, dan sekiranya kita faham
mengenainya kita boleh mempertikaikannya seperti tiada surat tuntutan yang
diterima.
“Saya percaya antara 200,000 orang yang telah
diisytiharkan muflis, mungkin ramai antaranya yang menghadapi proses
undang-undang yang tidak dilaksanakan dengan betul,” ujarnya.
Sehubungan itu, PPIM akan melakukan kerjasama dengan
Sekteriat Bebas Muflis yang melantik beberapa pakar yang bertindak sebagai
badan forensik bagi mengkaji sesebuah tindakan senarai hitam ke atas peminjam
melalui prosedur undang-undang yang telah ditetapkan ataupun tidak.
Post Views: 114