Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1102) RAKYAT NEWS 10/1/2014 KEMENTERIAN KEWANGAN HARUS PERHALUSI SISTEM PERBANKAN ISLAM
11 Jan 2014

KUALA LUMPUR 9 Jan – Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Sheikh Abd Kareem S. Khadaied hari ini menggesa kementerian
kewangan agar memandang serius dan memperhalusi sistem perbankan islam yang
dipraktiskan oleh bank-bank di negara.
Beliau berkata, terdapat banyak aduan yang diterima oleh
persatuan berkenaan mengenai bank yang mengamalkan sistem perbankan islam
seolah-olah membebankan para peminjam perumahan meskipun terlibat dalam projek
rumah terbengkalai.
“Jika rumah yang dijanjikan itu tidak wujud, bank tidak
sepatutnya mengambil sebarang keuntungan, itu adalah salah satu prinsip dalam
sistem perbankan islam,” katanya.
Abd Kareem ketika ditemui dalam satu sidang media yang
diadakan di Villa Puteri, Jalan Tun Ismail turut menyenaraikan nama pemaju
perumahan dan membandingkan jumlah bayaran pihak bank kepada pemaju bagi
kedua-dua perbankan islam dan konvensional untuk satu projek yang sama.
Projek perumahan yang dimaksudkan adalah projek perumahan
Pangsapuri Indah Heights yang dikendalikan oleh syarikat pemaju yang tidak
mempunya lesen, Simpulan Cemerlang Sdn Bhd.
“Rumah-rumah ini tidak wujud dan tuntutan yang
dinyatakan di sini (merujuk kepada lampiran yang diedarkan) adalah tuntutan di
mahkamah.

“Ada antara mereka yang telah dibankrapkan. Dan disini
(merujuk lampiran) dapat disimpulkan bahawa, sistem perbankan islam telah
mengeluarkan sejumlah dana yang besar dan membuat tuntutan kepada pelanggan
yang berkali ganda berbanding sistem konvensional,” kata Abd Kareem