1109) UTUSAN MALAYSIA 2/1/2014 SEMINAR PERANGI SIHIR BERSAMA PAK UNGKU
13 Jan 2014
PUSAT Komplimentari Terapi Yashfien (Yashfien Herbs Sdn.
Bhd.) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan
menganjurkan Seminar Perangi Sihir dengan Zikrullah pada 25 Januari ini.
Seminar selama sehari yang akan diadakan di Kelab Darul
Ehsan Ampang itu akan disampaikan oleh pakar perunding ilmu spiritual, Profesor
Datuk Dr. Engku Ansaruddin Agus (Pak Ungku) dengan merungkai pembinaan
ketahanan dalaman.
Program diadakan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan
kefahaman masyarakat mengenai ilmu akidah, di samping memberi penjelasan
terhadap bahaya jenayah spiritual dalam kehidupan manusia seharian.
Seminar tersebut turut akan memperkenalkan konsep dan kaedah
untuk meningkatkan serta mengangkat kekuatan diri umat Islam bagi mengenali,
mendekati, mencintai, berharap dan berlindung hanya kepada Allah SWT.
Menerusi seminar itu, para peserta akan didedahkan dengan
pengetahuan cara membenteng diri dengan ilmu yang berguna bagi kelebihan di
dunia dan akhirat dalam menghalang ilmu sihir yang dilihat semakin berleluasa.
Peserta seminar juga akan mempelajari kaedah bagi
mengelakkan diri daripada terkena buatan sihir daripada hasad dengki sesama
manusia yang boleh memberi kesan buruk terhadap rumah tangga, gangguan penyakit
misteri dan pelbagai persoalan berkaitan jin dan makhluk halus.
Bonus berupa ayat-ayat amalan, sesi praktikal dan sijil
penyertaan turut disediakan kepada peserta. Yuran penyertaan sebanyak RM200
dikenakan kepada peserta
Post Views: 137