Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1131) RAKYAT NEWS 24/1/2014 TAHANAN SWEDEN : UMPAMA TINDAS UMMAT ISLAM
04 Feb 2014

KUALA LUMPUR 24 Jan – Tindakan pihak berkuasa Sweden menahan
tanpa bicara ibu bapa kepada empat beradik kerana memukul tangan anak yang
tidak solat disifatkan sebagai agenda menindas umat Islam di negara itu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan berkata, perkara tersebut perlu disedari oleh umat-umat
Islam di seluruh dunia kerana agenda seperti telah berlarutan sejak dari dahulu
lagi.
“Agenda menindaskan umat Islam tersebut sentiasa ada
tetapi malangnya orang-orang kita (Umat Islam) dilihat lemah untuk menangani
perkara ini.

“Bagi kita yang sedar, ianya sememangnya menimbulkan
kemarahan dan kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang tegas dan jika
kerajaan tidak mampu melaksanakannya, pengguna Islam perlu bersama bersatu
untuk sekurang-kurangnya ‘memboikot’ barangan mereka,” katanya kepada
pemberita semasa demonstrasi aman penyerahan memorandum kepada Kedutaan Sweden
di sini hari ini