Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1147) HARIAN METRO 12/2/2014 KIKIS SIKAP HARAP BANTUAN
12 Feb 2014

Headline: Kikis sikap harap bantuan
Publication: HM
Date of publication: Feb 12, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 035
Kuala Lumpur: Pengguna perlu berubah dalam menangani isu
kenaikan harga barangan dan tidak hanya menyalahkan pihak lain.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk
Nadzim Johan berkata, pengguna perlu bijak, teliti dan lebih berdikari ketika
menangani krisis kenaikan harga barangan.
Katanya, sikap terlalu mengharapkan bantuan perlu dikikis
kerana budaya terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan hanya menjadikan
pemikiran masyarakat tidak berkembang.
“Budaya masyarakat di negara ini perlu berubah,
tingkatkan produktiviti, ubah cara hidup,.
“Sebagai perbandingan, rakyat luar yang bekerja di
negara ini, pekerja Indonesia dan Bangladesh, mereka tidak merungut mengenai
harga barang, tetapi sentiasa mencari alternatif untuk mengatasi masalah
itu,” katanya.

Nadzim berkata demikian kepada pemberita selepas
menyampaikan taklimat kepada warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKMM) dalam Seminar Kepenggunaan : Kita Tertipu? di Institut
Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini, semalam.