Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1152) RAKYAT NEWS 13/2/2014 PPIM : PERLUAS SISTEM SEKOLAH VERNAKULAR KEPADA SEMUA KAUM
13 Feb 2014

KUALA LUMPUR 12 Feb – Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) menggesa Kerajaan memperluaskan kewujudan sekolah vernakular kepada
kaum-kaum lain bagi menambahbaik sistem pembelajaran dan perpaduan untuk
generasi akan datang.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sistem sedia
ada yang hanya membangunkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) semata-mata dilihat tidak memenuhi hasrat bagi
mencapat matlamat dan skop yang lebih luas dalam konteks perpaduan nasional.
“Hari ini kita tidak cukup baik dan jika kita ada
sekolah yang berbeza-beza mungkin kita boleh dikenali sebagai sebuah negara
yang mempunyai sekolah yang pelbagai bahasa.
“Sekolah yang mempunyai 3 hingga 4 bahasa gagal
menyatupadukan rakyat Malaysia jadi kita perlu mewujudkan perspektif
baru,” katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari
ini.
Turut hadir termasuk Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr.
Ma’amor Osman dan pimpinan yang lain
Beliau merujuk kepada pendirian kerajaan menerusi
Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mengekalkan sistem sekolah
vernakular seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi
memartabatkan pendidikan negara.

Pihak kerajaan juga menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah
RM100 juta  bagi penyelenggaraan dan
penambahbaikkan SJKC RM150 juta lagi diluluskan bagi tahun  2013/2014 untuk meningkatkan taraf pendidikan
di lebih 300 SJKT seluruh negara