Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1184) BERITA HARIAN 6/3/2014 IKRAR BANTERAS ROKOK HARAM
07 Mar 2014

Headline: Ikrar banteras rokok haram
Publication: BH
Date of publication: Mar 6, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 014
Byline / Author: Oleh Syed Azwan Syed Ali; Luqman Arif Abdul
Karim; Ahmad Suhael Adnan
Kuala Lumpur: Persatuan pemborong dan peruncit akan
bekerjasama membanteras penjualan rokok haram dengan mendedahkan ahlinya yang
dikesan menjalankan kegiatan itu.
Presiden Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia
(MAWAR), Amanullah Maideen, berkata 800 ahlinya bertekad bersama-sama Kastam
Diraja Malaysia (KDRM) memerangi kegiatan haram yang boleh menjejaskan ekonomi
negara itu.
Katanya, perjuangan mereka disebabkan rokok haram yang
seludup dan dijual dengan harga lebih rendah mengandungi pelbagai bahan toksik
yang membahayakan perokok dan orang awam.
“Kita berharap KDRM turut mengadakan perjumpaan dengan
semua persatuan pemborong dan peruncit di seluruh negara untuk memastikan
operasinya mencapai sasaran ditetapkan.
“Justeru, mekanisme untuk menghebahkan usaha memerangi
penjualan rokok haram di kalangan pemborong dan peruncit juga perlu
diperkemaskan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Ops Outlet oleh
KDRM, di sini semalam.
Tambah bilangan pegawai
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia
(PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed, berharap penguatkuasaan rokok haram
dipergiatkan dengan menambah pegawai supaya kegiatan itu dapat dibanteras
sepenuhnya dengan segera.
“Kita sudah menegaskan kepada ahli supaya tidak
terbabit dengan penjualan rokok haram yang diseludup dan membantu pihak
berkuasa menangkap dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan
jenayah itu.
“Kegiatan melanggar undang-undang itu perlu ditangani
dengan tuntas. Orang ramai juga tidak sewajar sekadar berpeluk tubuh dan terus
membeli rokok haram, sebaliknya melaporkan kegiatan itu kepada pihak
berkuasa,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan, meminta pengguna khususnya beragama Islam melihat penjualan
rokok seludup daripada perspektif lebih meluas.
“Rokok haram atau seludup memang jauh lebih murah
tetapi mempunyai pelbagai toksik membahayakan,” katanya.
– Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-37 memutuskan merokok
adalah haram di sisi agama Islam, pada 23 Mac 1995.
– Rokok seludup yang murah seperti `John’ diseludup oleh
sindiket jenayah.
– Peniaga yang disabit kesalahan menjual rokok seludup boleh
dikenakan tindakan mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan
hukuman denda sehingga 20 kali nilai rampasan atau penjara maksimum tiga tahun
atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

– Individu memiliki rokok haram boleh dipenjara dua tahun
atau didenda RM10,000, di bawah akta Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
2004.