1187) BERITA HARIAN 14/3/2014 HUTANG PROJEK RUMAH TERBENGKALAI BUKAN TANGGUNGAN PEMBELI -PPIM
15 Mar 2014
KUALA LUMPUR: Pembeli rumah tidak bertanggungjawab terhadap
pinjaman perumahan bagi projek yang terbengkalai, sebaliknya hutang itu harus
dituntut daripada pemaju dan juga peguam yang terbabit.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan, berkata masih ramai pembeli tidak sedar akan hak mereka itu
yang sebenarnya sebahagian daripada terma perjanjian jual beli yang
ditandatangani.
“Tetapi apabila projek terbengkalai, kebanyakan bank
tidak tuntut hutang daripada pemaju atau peguam, sebaliknya ambil tindakan ke
atas pembeli atas alasan tidak dapat cari pemaju dan peguam,” katanya
dalam sidang media, di sini hari ini.
Susulan itu, Nadzim berkata PPIM akan mengadakan kempen
kesedaran dalam kalangan pengguna selain membawa isu tersebut kepada Bank
Negara dan pihak berwajib lain.
Sementara itu, aktivis PPIM yang turut hadir, Sheikh Abd
Kareem S Khadaied berkata persatuan berkenaan menerima beberapa aduan daripada
pembeli rumah yang ditekan oleh pihak bank.
“Ada kes pembeli yang ditekan membawa kes ini ke mahkamah,
namun beratus ribu lagi terus ditekan sebab tidak tahu terma perjanjian,”
katanya.
Post Views: 156