1859) 2/1/2014 UTUSAN – Seminar Perangi Sihir bersama Pak Ungku
17 Apr 2014
PUSAT Komplimentari Terapi Yashfien (Yashfien Herbs Sdn. Bhd.) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Seminar Perangi Sihir dengan Zikrullah pada 25 Januari ini.
Seminar selama sehari yang akan diadakan di Kelab Darul Ehsan Ampang itu akan disampaikan oleh pakar perunding ilmu spiritual, Profesor Datuk Dr. Engku Ansaruddin Agus (Pak Ungku) dengan merungkai pembinaan ketahanan dalaman.
Program diadakan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai ilmu akidah, di samping memberi penjelasan terhadap bahaya jenayah spiritual dalam kehidupan manusia seharian.
Seminar tersebut turut akan memperkenalkan konsep dan kaedah untuk meningkatkan serta mengangkat kekuatan diri umat Islam bagi mengenali, mendekati, mencintai, berharap dan berlindung hanya kepada Allah SWT.
Menerusi seminar itu, para peserta akan didedahkan dengan pengetahuan cara membenteng diri dengan ilmu yang berguna bagi kelebihan di dunia dan akhirat dalam menghalang ilmu sihir yang dilihat semakin berleluasa.
Peserta seminar juga akan mempelajari kaedah bagi mengelakkan diri daripada terkena buatan sihir daripada hasad dengki sesama manusia yang boleh memberi kesan buruk terhadap rumah tangga, gangguan penyakit misteri dan pelbagai persoalan berkaitan jin dan makhluk halus.
Bonus berupa ayat-ayat amalan, sesi praktikal dan sijil penyertaan turut disediakan kepada peserta. Yuran penyertaan sebanyak RM200 dikenakan kepada peserta.
Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Azhar di talian 013-287 3304 dan Shamsidar di talian 019-262 0674 atau melayari www.yashfien.com untuk maklumat lanjut.
BERITA SELANJUTNYA :
http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140102/ba_01/Seminar-Perangi-Sihir-bersama-Pak-Ungku
Post Views: 159