1862) 18/4/2014 Gula adalah PEMBUNUH SECARA DIAM
18 Apr 2014
Gula adalah pembunuh
Pendekatan rakyat kepada kesedaran tentang kepentingan amalan
budaya sihat ini semakin meningkat. Terlalu banyak kempen kesedaran ini
dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan untuk menyedarkan rakyat
Malaysia tentang kesihatan.
Akan tetapi, rakyat Malaysia hanya tahu mendengar tapi tidak
tahu cara mengatasinya. Sebagai contoh yang mampu kita katakan disini adalah
kempen kesedaran makanan. Didalam ceramah itu, diberi tahu tentang bahayanya
makanan seperti meggi, makanan ringan dan lain-lain lagi. Akan tetapi mereka
(penceramah) tidak menceritakan tentang cara untuk menggantikan pemakanan ini.
Topik pertama kita adalah gula. Gula ini boleh menjadi racun
yang mampu membunuh seseorang itu secara diam. Mengapa kita kata gula itu
pembunuh? Mari kita lihat senarai penyakit yang boleh dikaitkan dengan pengambila gula yang berlebihan.
1)melemahkan system imunisasi
2) kerosakan kepada buah pinggang
3) menyebabkan kanser
4)meningkatkan paras gukosa dalam darah dengan cepat
|
5) Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
6) Merosakkan
gigi.
7) Punca
utama obesiti.
8 tekanan
darah tinggi atau diabetes (kencing manis)
|
|
|
Kita dapat lihat terlalu
banyak penyakit yang boleh dikaitkan dengan pengambilan gula. Bukan ingin
kata pengambilan gula ini memudaratkan namun cara pengambilan gula yang
berlebihan didalam badan itu yang akan membawa penyakit pada masa hadapan
kelak.
Penyakit-penyakit yang dapat
disenaraikan itu adalah sebahagian penyakit yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia.
Begitu bahayanya pengambilan gula yang berlebihan ini pada masyarakat kita pada
zaman sekarang. Terdapat informasi yang mengatakan bahawa penyakit yang
terbanyak disenaraikan didalam Malaysia adalah obesiti.
Apakah itu obesiti.?
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan
yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit
dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi,
obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan
menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan
fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang
tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak
mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara karakteristik
masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali
lebih berat berbanding ukuran ideal.
Terdapat banyak cara yang mampu kita lakukan untuk menurunkan berat badan. Kita sebenarnya tidak
sedar bahawa dengan perkara kecil pun mampu mengubah kehidupan anda.
Jika kita memesan air di kedai makan, kita hendaklah memesan
air tersebut dikurangkan penggunaan gula ataupun susu. Dengan melakukan perkara
tersebut, secara tidak langsungnya kita telah mengurangkan pengambilan gula atau susu. Bagi penggemar minuman manis, maka ini adalah salah
satu cara bagi mereka mengurangkan pengambilan gula. Cuba bayangkan jika kita
duduk di kedai minum bersama kawan-kawan, berapa lamakah dan berapa banyak
minuman yang kita minum mengandungi gula atau susu. Disitu kita dapat
melihat bahawa masyarakat Malaysia tidak mengendahkan apa yang diminum oleh mereka.
Satu lagi cara yang sering kita dengar namun agak sukar
untuk kita lakukan adalah melebihkan munum air kosong dari minuman air yang
mengandungi gula atau susu. Harga untuk segelas air suam adalah lebih murah
jika dibandingkan dengan air yang mempunyai perisa seperti coca cola, teh tarik
dan lain lagi. Akan tetapi agak sukar untuk kita lihat masyarakat Malaysia ini
mengambil air kosong jika mereka bersembang dikedai minum.
Selain dari
minuman, cara pemakanan kita juga perlu dijaga. Makanan yang disediakan di
kedai makan kadang-kala mempunyai perisa tambahan yang membuat ia sangat sedap.
Tetapi, sedarkah anda akan apa yang diletakkan didalam makanan itu sehingga ia
begitu sedap untuk dimakan?. Didalam makanan juga mengandungi kandungan gula. Malah
bukan sekadar gila, Ajinomoto atau monosodium glutamate (MSG) juga diletakkan kedalam makanan.
MSG adalah satu bahan yang digunakan untuk
menggantikan ‘broth’ atau ‘stock’ dengan perisa sintetik seperti
monosodium glutamate (MSG) ini. Penggunaan MSG ini juga bahaya pada diri
kita sendiri. Bedasarkan salah satu sesawang kesihatan dari kerajaan mengatakan
“MSG boleh menyebabkan
masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa
kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat
ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan ada yang menjadi
buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan
ialah dengan memberi haiwan makan MSG.” Ini telah membuktikan bahawa bahayanya MSG
ini kepada tubuh badan manusia.
Kelekaan manusia mencari makanan yang sedap,
enak dan pelbagai lagi sehingga mereka lupa akan khasiat buah-buahan. Sedarkah anda
bahawa manisan didalam buah-buahan mampu mengenyangkan kita? Tetapi kita tetap
ingin mencari manisan yang dibuat oleh manusia. ALLAH telah mencipta buah yang
manis dan tidak dapat mendatangkan penyakit pada kita. Maka perbanyakanlah
makan buah-buahan.
Pengambilan makanan bergula pada waktu malam
adalah sangat bahaya. Ini kerana pengambilan makanan yang bergula pada waktu
malam akan mengakibatkan tenaga yang berlebihan kerana pada waktu itu kita
sudah tidak memerluka tenaga yang banyak.
Post Views: 155