Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1870) 25/04/2014 Seminar Penerangan Rasionalisasi Subsidi – apa itu GST dan Kesan Kepada Pengguna
25 Apr 2014

25/04/2014 – Kuala Lumpur, Persatuan Pengguna Islam Malaysia
dengan kerjasama Kolej Teknologi YPC-IT WEB telah mengadakan satu seminar yang
diberi nama Seminar Penerangan Rasionalisasi Subsidi Apa Itu GST Dan Kesannya
Kepada Pengguna. Seminar ini dirasmikan oleh Y  Bhg Dato Seri Syed Ali Alhabshee, Pengurusi Yayasan Wilayah Persekutuan Merangkap Pengurusi Yayasan Pendidikan Cheras
Para hadirin yang hadir kesemuanya terdiri daripada ketua sektor pendidikan dan guru besar dari 4 daerah sekitar wilayah persekutuan. Hampir 345 guru yang hadir ke saminar ini. Penceramah terdiri
dari Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Hasbollah Din, Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan dan Puan Norlela Zainal, KPDNKK Putrajaya.

Turut hadir didalam seminar ini ialah Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, En Abdullah Md Yunus, Timbalan Pengarah Pendidikan Pudu Tn Hj Ismail Musa, CEO Kolej Teknologi YPC-IT WEB Datok Dr Noel Robert, dan Pengurusi Yayasan Wilayah Persekutuan Merangkap Pengurusi Yayasan Pendidikan Cheras, Dato Seri Syed Ali Alhabshee.

Datuk Nadzim Johan menyampaikan penerangan tentang kesedaran
kesihatan. Penggunaan gula dan kesan gula pada manusia. Kesedaran ini penting
kepada para guru-guru agar mereka dapat menjaga murid-murid disekolah mereka. Penyakit
yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia adalah penyakit obesiti. Kesempatan
ini juga telah diambil oleh salah seorang guru untuk menyoal Datuk Nadzim
mengenai ayam. Datuk Nadzim memberi keterangan bahawa ayam pada zaman sekarang
agak bahaya untuk dimakan kerana ayam-ayam ini telahpun disuntik dengan
perlbagai jenis ubat yang membuat ayam ini menjadi besar dan gemok. Ini juga memberi
impak kepada kesihatan manusia.
Tuan Hasbollah Din, Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan memberi penerangan tentang Apa itu GST
kepada para hadirin. Ceramah ini untuk menyedarkan bahawa GST ini bukan untuk
membebankan rakyat malah membantu rayat serba sedikit.

Manakala Puan Norlela Zainal, KPDNKK Putrajaya pula memberi penerangan berkaitan akta harga dan anti pencatutan.

Seminar ini dijalankan di dewan Kolej YPC-IT WEB cheras pada
jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Seminar ini juga berjalan dengan lancar dan
berkesan.