Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1880) CARA PEMAKAIAN TUDUNG YANG BETUL
03 May 2014

Penggunaan Tudung

Ramai masyarakat muda kita sekarang mula berubah kearah
kebaikan seperti berhijkab dan terdapat pelbagai fesyen berhijab. Terdapat ramai
pereka fesyen yang kretif mencurahkan idea-idea mereka dan mencipta nama dalam
seni fesyen muslimah. Akan tetapi, adakah mereka sedar akan hukum hakam yang
telah ditetapkan oleh islam?
Islam tidak melarang untuk umatnya bergaya namun
berpada-padalah dan hendaklah mengikut syarak yang ditetapkan. Terdapat beberapa
syarat dan cara dalam pemakaian tudung dan penjual tudung hendaklah menerangkan
etika-etika yang betul kepada pengguna.
Aurat wanita adalah dari hujung rambut hinggalah ke hujung
kaki kecuali pada muka dan tapak tangan.
Terdapat hadis-hadis yang sahih atau kukuh yang boleh
dipegang dalam pemakaian tudung.
Didalam firman
Allah Ta’ala :
“Dan katakanlah
kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
 (An Nur:31)
Yang dimaksudkan (janganlah
mereka menampakkan perhiasannya), adalah “Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di
situ dikenakan perhiasan”
. [Lihat Abu Bakar
Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali
yang – biasa – nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh
dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat
sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.
Dalil lain yang menunjukkan
bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak
tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’
sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh
baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan
telapak tangannya” 
– HR Abi Dawud
Syarat dan adab dalam pemakaian tudung adalah seperti
berikut :
–     –  Hendaklah labuh tudungnya hingga menutup dada
seseorang itu.
–     –    Hendaklah longgar dan bukannya ketat.
–     –    Menutup rambut dengan sempurna.
–     –    Menutup telinga.
–     –    Memakai tudung yang tebal
–     –   Memakai tundung yang mampu menutup bahu
–     –   Memakai tudung yang mampu menutup dagu.
Perbezaan pemakaian tudung yang betul:

table.bottomBorder { border-collapse:collapse; }
table.bottomBorder td, table.bottomBorder th { border-bottom:1px dotted black;padding:5px; }


Kesalahan disini adalah tidak
menutup dada

Menutup dada dan tidak
menunjukkan tubuh badan
menampakan lehir dan dagu
menutup dengan sempurna