Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1897) – ABN NEWS 9/05/2014 – SILA BERI SEBAB KENAPA TOLAK HUDUD
10 May 2014



Sila beri sebab kenapa tolak hudud
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak agar golongan yang membantah pelaksanaan hukum hudud supaya menyenaraikan sebab kenapa mereka menentangnya.
Menurut ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, penolakan itu pasti ada alasan yang tersendiri.
“Kita baru saja cerita cerita dah tak mahu. Sepatutnya mereka kena buat kajian dan beritahu sebab kukuh mengapa mereka tidak mahu hudud,” katanya.
Menurut Nadzim, hudud masih lagi di peringkat cadangan justeru ia tidak boleh ditolak secara begitu sahaja.
Nadzim turut berpendapat kebanyakan yang menolak hudud, tidak mengkaji dan tidak memahami mengenai hukum tersebut..
“Hudud ini sebenarnya luas dan apa matlamatnya kita kajilah, janganlah semua nak tolak. Kita manusia yang dewasa seharusnya mengkaji dahulu,” katanya.
Dalam pada itu Nadzim turut menyatakan bahawa siasatan yang dijalankan ke atas Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdullah Rahman mengikut Akta Hasutan adalah tidak wajar.
Abdullah disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 susulan kenyataannya yang mengatakan pendatang Cina ke tanah melayu bersama penjajah British adalah sebagai satu bentuk pencerobohan.
Kenyataan tersebut disifatkan polis sebagai satu hasutan yang boleh menyebabkan ketegangan antara kaum di negara ini.