Menurutnya, tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan tindakan proaktif diambil untuk membanteras gejala itu yang seperti tiada kesudahan.
“Jika bertahun dulu kita terima aduan membabitkan penuntut kolej dan institusi pengajian tinggi, kini mereka ini beralih kepada warga emas dan yang paling kita kesalkan mereka menggunakan Islam sebagai umpan menjerat mangsa,” katanya.
Beliau berkata, setakat April tahun ini, pihaknya menerima 15 aduan berkaitan kes koyak dan menang membabitkan warga emas di sekitar Lembah Klang dan PPIM menggesa tindakan tegas diambil segera bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.