Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1912) NIB 18/05/2014 HARIAN METRO – SIAPA HARUS DPERTANGGUNGJAWABKAN BERIKUTAN ..
19 May 2014

Headline: (Siapa harus dipertanggungjawabkan berikutan … )
Publication: MA
Date of publication: May 18, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Datuk Nadzim Johan

Siapa harus dipertanggungjawabkan berikutan kebanjiran pelbagai jenis makanan kurang berkhasiat di pasaran?

SYAMIL, Kajang

Dari segi kepenggunaan, pengguna hendaklah lebih matang dan bijak dalam memilih produk makanan yang ingin dibelinya.

Mereka hendaklah memikirkan kesan sampingan yang akan terjadi pada diri mereka.

Mereka juga hendaklah lebih berwaspada pada iklan disiarkan dan dipromosi oleh pihak peniaga yang menjual makanan tidak berkhasiat.

Kerajaan hendaklah membanyakkan lagi gerakan kesedaran dengan kesihatan dan memberi pendekatan dengan gejala pemakanan tidak sihat di dalam masyarakat kita kini.

Pihak berkuasa perlu lebih berhati-hati dalam membenarkan sesuatu produk makanan menembusi industri makanan di Malaysia.

Ini mampu mengurangkan masalah dan penyakit yang boleh dihidapi rakyat Malaysia akibat tabiat pemakanan tidak seimbang.