Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
1916) PERMAINAN VIDEO
21 May 2014

PERMAINAN VIDEO 

Permainan video dikalangan remaja semakin hari semakin
berleluasa. Permainan video yang tiada pengajaran lagi merosakkan akhlak
manusia diumpamakan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Kebanyakan remaja sekolah sanggup menghabiskan wang saku
yang diberikan kepada mereka untuk bermain di pusat internet. Permainan video
seperti  ‘counter strike, half life dan
dota’ menjadi tempat pertama didalam fikiran mereka. Ada juga remaja sekolah
yang sanggup memonteng sekolah dan pergi ke pusat hiburan seperti ini.
Dimanakah silapnya disini? Adakah kita ingin persalahkan
sekolah, ibu bapa atau pusat hiburan? Ini semua atas diri remaja itu sendiri.
Kes- kes pembunuhan didalam Malaysia semakin hari semakin
berleluasa. Ini kemungkinan boleh dikaitkan dengan permainan video yang banyak
dipromosikan didalam pusat internet. Game seperti ini mengajar remaja cara
untuk membunuh dan strategi untuk membunuh. Dengan cara yang diajar didalam
game ini, kita mampu mengadaptasikan ke dunia sebenar. Disebabkan itulah
banyaknya berlaku kes-kes pembunuhan seperti ini.
Islam melarang umatnya untuk mencuri. Tetapi kenapakah orang
yang mereka game yang berunsur mencuri. Didalam game ini, mereka diberi tugasan
untuk mencuri kenderaan, barang dan banyak lagi. Disini kita dapat lihat bagai
mana akhlak seseorang itu tercemar kerana permainan ini seperti mengizinkan
seseorang itu untuk mencuri. Mungkin juga kerana permainan ini, ramai remaja
melayu yang beragama islam kita tercenderong melakukan rompakan, mencuri, samun
dan sebagainya didalam dunia yang nyata ini.
Selain itu, terdapat permainan –permainan yang menyentuh
sensiviti keagamaan. Penghinaan keatas islam sering berlaku kerana ada
sesetengah pihak ingin menjatuhkan imej islam dimata dunia. Musuh-musuh islam
sentiasa merancang dan menyerang umat islam dari pelbagai sudut. Permainan juga
salah satu dari cara mereka menyerang kita. Terdapat banyak game yang menghina
dan menjatuhkan martabat agama islam. Game-game ini mengambarkan bahawa islam
adalah orang jahat dan kita hendaklah membunuh orang islam. Bukan sekadar
membunuh, ada juga permainan yang menggunakan gambar seperti nama ALLAH dan ada
juga yang menggunakan pintu Kaabah sebagai pintu antara 2 dunia. Ini adalah
terang terangan menghina islam.
Disini disarankan agar ibu bapa memberi penerangan dan
menerapkan akidah kepada anak-anak supaya mereka sedar bahawa musuh-musuh islam
sentiasa mencari peluang untuk memerangkap mereka. Jika mereka bermain
permainan video seperti ini, seumpama mereka menyokong perbuatan musuh islam