1998) ILMU PENGGUNA DI LUAR NEGARA
06 Jun 2014
Dalam keadaan yang sesak, sibuk dan tertekan dengan keadaan Bandar
yang serba maju ini. Ramai penduduk Bandar ingin melarikan diri dan berehat
seketika ditempat yang aman dan dapat mententeramkan kita. Kebanyakan mereka
menginginkan sesuatu yang luar biasa atau lain dari persekitaran yang ada
dimalaysia. Disebabkan itulah mereka memilih Negara luar daripada Malaysia.
Ilmu kepenggunaan bukan sekadar didalam Malaysia sahaja
boleh diterapkan. Namun, dinegara luar juga kita boleh terapkan ilmu ini. Masyarakat
hendaklah mengetahui tentang kepentingan ini jika mereka mahu ke sesebuah Negara
atas urusan kerja atau bercuti.
Pengguna hendaklah mempunyai sedikit ilmu tentang destinasi
yang ingin dituju. Dapatkan seberapa banyak informasi untuk kegunaan kita
disana seperti latar belakang tempat, cuaca, dan budaya masyarakat tempat itu. Ini
adalah untuk mengelak dari berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.
Pasport adalah perkara yang sangat penting bagi seseorang
itu kerana pasport umpama IC antarabangsa anda. Jika ada orang mahukan anda
memberikan pasport untuk kegunaan apa jua sekalipun, anda hendaklah berwaspada kerana
khuatir disalahgunakan. Hanya pihak berkuasa sahaja yang berhak untuk mengambil
pasport anda. Pengguna pasport berhak untuk tidak memberi pasport kepada orang
yang tiada kuasa.
Hak pengguna untuk kebanyakan Negara adalah hampir sama. Jika
kita pergi ke Negara luar, kita juga mempunyai hak untuk memilih, hak untuk
informasi dan banyak lagi. Kita tidak boleh dipaksa untuk membeli walaupun kita
bukan warga Negara mereka.
Hak untuk meminta potongan harga jika ada. Pengguna luar
juga berhak untuk mendapatinya. Tetapi jika terma dan syarat mengatakan hanya
untuk warga Negara itu, maka pengguna luar tidak dapat menerima hak tersebut.
Pengguna hendaklah berhati-hati dengan penggunaan kenderaan
awam seperti teksi. Hendaklah di ingati bahawa tidak semua orang jujur dalam
melakukan tugas mereka. Oleh itu, pengguna hendaklah tahu dan bertanyakan
tentang cara penggunaan kenderaan awam yang ada disitu supaya pengguna tidak
tertipu oleh mereka.
Pengguna hendaklah mengetahui kedai-kedai yang menyediakan
makanan halal. Ini adalah penting buat pengguna yang menganuti agama islam. Dapatkan
senarai-senarai kedai makanan halal ini dari kedutaan Malaysia atau dari
masjid-masjid yang ada disana.
Pengguna hendaklah meletakkan diri dalam keadaan yang
berwaspada walaupun dalam percutian. Ini kerana kehidupan sekarang yang begitu
tercendorong dengan pengaruh gangster dan terlalu ramai orang jahat. Maka bagi
seorang perempuan, penggunaan penyembur pemedih mata adalah penting. Mereka hendaklah
membawa ia kemana jua.
Perlu di ingat oleh semua pengguna, kedutaan Malaysia adalah
satu tempat dimana kita boleh berteduh, mendapatkan informasi dan tempat perlindungan
yang paling baik untuk warga Negara Malaysia diluar sana.
Post Views: 128