Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2013) Berubahlah wahai orang melayu.
13 Jun 2014

Berubahlah wahai orang melayu.
Orang melayu pada zaman sekarang makin hari makin pupus.
Seperti mana  Tun Dr Mahathir pernah
berkata “melayu mudah lupa”. Sekarang melayu sudah lupa akan adap dan adat yang
menjadi kemegahan orang melayu.
Melayu akan dikaitkan dengan ajaran islam kerana dari sejak
azali lagi orang melayu beragama islam. Perwatakan yang dibawa oleh orang
melayu juga melambangkan agam islam. Islam adalah satu ajaran yang mengajar
kita untuk bersatu dan berjuang menegakkan keadilan. Namun manusia sekarang
tidak lagi berpegang kepada perkara ini.
Dalam satu perbincangan yang diketuai oleh Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan meluahkan rasa
sedih apabila satu video ditayangkan. Video ini menunjukkan bahawa betama
lemahnya umat islam pada zaman ini sehingga mereka dibunuh dengan kejam di Central
Africa.
Didalam video ini, kita dapat lihat bahawa umat islam itu
sendiri merelakan diri mereka untuk disembelihkan. Mereka bangun dan menuju ke
arah tempat pembunuhan dan baring menunggu masa untuk dibunuh. Beginikah martabat
seorang islam?
Datuk Nadzim mengatakan bahawa “kita sepatutnya melengkapkan
diri kita dengan ilmu-ilmu yang mampu mempertahankan diri kita dan agama kita”.
Biarlah kita mati didalam keadaan berlawan dan bukan dalam keadaan bunuh diri.
Jika dilihat dalam video itu, mereka seakan-akan merelakan diri untuk dibunuh. Inikah
martabat seorang islam? Begitu murahnya nyawa orang islam zaman sekarang.
Dahulu islam digeruni oleh musuh, tetapi sekarang tidak
lagi. Malah diperlakukan seperti binatang. Dengan itu kita umat islam harus
bersatu dan bangkit untuk menentang musuh-musuh islam.

http://www.youtube.com/watch?v=6CxsFobMI9c