20220624 Kerajaan dan masyarakat sekeliling perlu membantu usaha pusat-pusat pemulihan jiwa dan akhlak melalui kaedah kerohanian seperti Kem PERKID yang diusahakan oleh Ustad Masridzi bin Sat di batu 16 Hulu Langat, Selangor.
Pusat ini telah dibangunkan berperingkat peringkat sejak 30 tahun yang lalu dan hari ini majlis perasmian Bilik Detoksifikasi yang diinspirasikan dari bilik tahanan isolasi tahanan ISA telah dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Sen. Idris Ahmad.
AADK dan Polis sudah mula mendapatkan khidmat pusat pusat pemulihan seperti ini untuk menampung keperluan yang semakin meningkat.
Bangunan dewan makan dan dapur memasak pusat untuk Asrama Putera akan dibina tidak lama lagi dan besar harapan pengurusan Kem PERKID untuk mendapat bantuan dari pihak kerajaan.
#kemperkid #jakim #maim #yadim #ppim #pdrm
Sumber: minaq jinggo
20220624 KEMPERKID PERLU DIBERI SOKONGAN UNTUK MENJALANKAN KEGIATAN PEMULIHAN JIWA SECARA KEROHANIAN