Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2030) UTUSAN MALAYSIA 27/06/2014 – Status halal: Bufet Ramadan hotel, restoran diragui
01 Jul 2014


Status halal: Bufet Ramadan hotel, restoran diragui

KUALA LUMPUR 27 Jun – Pelbagai pakej bufet ditawarkan oleh hotel-hotel dan restoran di seluruh negara menjelang Ramadan mencetuskan keraguan dalam kalangan pengguna mengenai status halal makanan disediakan di premis-premis berkenaan.
Ketua Biro Penyiasatan dan Pembangunan Insan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abd. Kareem S. Khadaied berkata, pihaknya mendapat banyak aduan penggunaan mengenai status halal pakej berbuka yang ditawarkan.
Katanya, walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tahun lalu menggariskan peraturan bahawa premis atau restoran yang tidak mempunyai sijil halal tidak dibenar menawarkan pakej bufet Ramadan serta menggunakan perkataan halal dalam promosi mereka.
“Siasatan PPIM mendapati ada antara hotel dan pengusaha restoran tidak mempunyai sijil halal yang diperakui tetapi masih menawarkan pakej bufet Ramadan.
“Kami memandang serius isu ini dan menggesa agensi terlibat seperti Jakim dan KPDNKK segera bertindak menerusi pemantauan dan penguatkuasaan lebih tegas,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pelbagai pakej dan tawaran berbuka puasa ditawarkan oleh hotel dan restoran seluruh negara menjelang Ramadan ini dengan status halal premis berkenaan dipersoalkan pengguna kerana terdapat antara mereka tidak mempunyai sijil halal.
Sementara itu, Sheikh Abd. Kareem berkata, PPIM menasihatkan pengguna terutama jabatan kerajaan, syarikat korporat dan lain-lain untuk tidak mengunjungi hotel dan restoran yang tidak mempunyai sijil halal yang diperakui.
“Tindakan mengadakan majlis berbuka puasa di hotel atau restoran yang tidak mempunyai persijilan halal seolah-olah menggalakkan mereka dari terus mempersendakan agama serta tidak menghormati hak pengguna.” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140628/dn_18/Status-halal:-Bufet-Ramadan-hotel,-restoran-diragui#ixzz36BGqxsRb
© Utusan Melayu (M) Bhd