Ketibaan Ramadan menjadi masa terbaik untuk meningkatkan amal ibadat disamping mengeratkan hubungan bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Pada bulan ini juga, kita berpeluang menikmati pelbagai hidangan dan ada antaranya tidak ditemui pada hari biasa.
Bagi yang ingin menikmati hidangan berbuka puasa di luar, Hotel De Palma Ampang menyediakan pelbagai sajian enak yang pastinya memikat selera pengunjungnya.
Hidangan istimewa Bertemakan
“Ole Ole Ramadan -Citrarasa Malaysia” hidangan istimewa ini dibawa khas oleh dua chef hotel ini iaitu Chef Azri Abdul Manaf dan Chef Hamzani Che Husain.
De Palma yang sangat terkenal sebagai penyedia sajian halal menyediakan masakan selera kampung seperti siput sedut masak lemak cili api, nasi beriani De Palma bersama kismis dan gajus, kuzi daging tetel berkentang, kari kepala ikan bersama bendi dan terung, sambal udang galah petai, masak lemak jantung pisang, ulam kampung bersama sambal belacan, tempoyak, serta tidak dilupakan ayam goreng Pak Zani dan pengunjung mesti mencuba ayam barbekue.
Sudut Citrarasa Sup Kawah Berempah menyediakan pelbagai pilihan sup daripada daging lembu, kambing, perut, isi ayam, hati ayam, kaki ayam, tulang tunjang dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan laksa di sudut Citrarasa Anika Laksa. Nikmatilah asam laksa, laksa Johor, nyonya kari laksa yang turut disediakan bersama ulam.
Yang turut disediakan chinese lok-lok, yong tau fu, bun ayam barbekue, char kuey teow, rojak mamak, roti canai bersama kuah kari.
Tidak ketinggalan kambing panggang dan gerai gorengan Kak Yah.
De Palma Hotel Ampang menawarkan bufet untuk berbuka puasa ini pada kadar ber patutan iaitu RM 89 untuk dewasa dan RM45 bagi kanak kanak.
Sajian bufet Ramadan disediakan di semua rangkaian De Palma iaitu Hotel De Palma Ampang, Hotel De Palma Shah Alam, Hotel De Palma Kuala Selangor dam Palma Café SACC, Shah Alam.
Sedia pakej istimewa
Hotel De Palma Ampang menyediakan pakej istimewa bagi kepada pelanggan yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim di hotel itu.
Sepanjang Ramadan, hotel ini menyediakan kadar bilik pada harga istimewa termasuk pada 10 hari terakhir Ramadan bagi mereka yang ingin melakukan Qiamullail.
Bubur lambuk juga disediakan dan sekiranya anda ingin membuat tempahan bubur lambuk untuk disedekahkan kepada masjid atau rumah kebajikan.
Sebagai kemudahan untuk beribadat, hotel ini menyediakan surau dikenali sebagai “Surau Jumaat Nurul Hikmah”, yang dianugerahkan sebagai surau Terbaik Industri Perhotelan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dengan imam tetap yang akan mengimamkan solat fardu dan solat tarawih bersama imam jemputan dari Asia Barat.
Surau ini juga mengendalikan solat Jumaat dan menjadi hotel pertama menyediakan kemudahan itu.
Kumpulan Hotel De Palma adalah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan diuruskan oleh Biztel Sdn Bhd.
Maklumat lanjut mengenainya boleh didapati dengan menghubungi talian 03-42707070 sambungan 1515/1516 untuk tempahan.
INFO
Harga bufet Ramadan / seorang
– RM89.00 untuk dewasa
– RM45.00 untuk kanak-kanak