? Siapa yang menjaga kepentingan hak peribadi pengguna?
ALI, KLANG
! * Peniaga
Setiap rahsia yang diberitahu oleh pengguna atau pelanggan hendaklah disimpan dengan baik. Sebagai contoh, pengurusan hotel hendaklah merahsiakan bilik diduduki pelanggannya jika ada orang tidak dikenali bertanya bagi menjaga keselamatan pengguna.
* Pengguna
Pengguna hendaklah menjaga rahsia peribadinya daripada orang luar. Jika ada rahsia yang perlu disimpan, dia hendaklah berjumpa peguam peribadi, bukan menceritakan kepada orang tidak dikenali.
* Organisasi
Setiap organisasi perlu merahsiakan butiran peribadi pekerjanya dari pihak di luar kuasa bidangnya. Bukan setakat itu, organisasi hendaklah merahsiakan hal peribadi daripada diketahui pekerja di dalam organisasi. Ini untuk mengelak seseorang itu menanggung malu atau difitnah.
* Kemusykilan pengguna bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan