2056) PPIM – Cara Mudah Untuk Sihat
18 Jul 2014
Cara Mudah Untuk Sihat
Ada pepatah mengatakan bahawa
kaya tidak semestinya boleh memberikan kebahagian. Apakah kesinambungan ayat
tersebut dengan amalan sihat dibulan puasa ini?
Kesihatan yang bagus mampu
membuat seseorang itu tersenyum dan
gembira dalam perjalanan harinya. Manusia mampu mencari rezeki untuk menyara
diri mereka jika mereka mempunyai kesihatan yang bagus. Ia mampu memberi kesan
yang negatif kepada orang tersebut dan malah mengganggu orang yang berada
disekeliling jika mereka sakit.
Dibulan puasa ini, marilah kita
mempraktikkan budaya amalan sihat dalam kehidupan harian kita. Kita tidak perlu
bersusah payah untuk pergi ke pusat senaman atau taman rekreasi untuk melakukan
senaman. Didalam rumah dan juga pejabat juga boleh melakukan senaman. Senaman
ringkas juga mampu memberi kesan yang baik terhadap badan dan hidup manusia
itu. Senaman ringkas yang dikatakan adalah seperti berdiri dan meregangkan
otot, mengemas meja serta menaiki tangga daripada menggunakan lif.
Menyapu sampah, mengemas rumah
dan paling baik adalah dengan melayan anak-anak atau bermain dengan anak-anak
adalah salah satu aktiviti senaman. Ia bukan sekadar menyihatkan tubuh badan,
malah mampu mengeratkan silatulrahim antara bapa dan juga anak.
Amalan pemakanan juga adalah
salah satu daripada malan hisup yang sihat. Banyak barang makan yang dijual memngandungi
bahan kimia. Sebagai contoh, kebanyakkan kedai makan akan menggunakan ajinomoto
didalam masakannya. Ajinamoto itu sebenarnya Monosodium glutamate (MSG). Pengambilan
MSG berlebihan mampu memudaratkan kesihatan seseorang itu. Selain itu, jika
kita makan makanan yang mudah dan cepat seperti McD dimana kandungan makanan di
dalam burger McD mempunyai bahan kimia yang mampu membuat daging, roti dan
sebagainya bertahan lama atau lambat rosak. Berapa banyakkah mereka meletakkan
bahan kimia ini?
Minuman berkarbonat adalah
penyumbang tebesar dalam pemasalahan obesiti di dalam Malaysia. Beberapa kajian
telah dibuat dan ia mendapati untuk satu tin coca cola mempunyai 8 sudu teh
gula. Begitu banyaknya gula didalam setin air coca cola ini. oleh itu makin
banyak kita minum makin mudah untuk kita
mengidap penyakit kronik.
Kesihatan ditentukan daripada
pemakanan. Kebersihan makanan mempengaruhi kesihatan kita. Bahan mentah yang
kita beli di pasar hendaklah dibasuh dahulu sebelum digunakan. Ini kerana dikhuatiri
bahan mentah itu terjejas atau bahan tersebut sudah tecemar. Ini juga mampu
mengundangkan penyakit kronik. Satu kes yang terdapat didalam Malaysia adalah,
seorang pemuda maut kerana mengidapi penyakit kencing tikus kerana beliau
membeli air tebu dibazar ramadhan. Kebanyakan peniaga tebu hanya membasuh tebu
itu secara ala kadar sahaja. Mereka tidak membasuhnya dengan baik. Ini juga
mampu memberi penyakit kepada tubuh badan manusia
Post Views: 144