Marang 26 APR – Telah berlangsungnya Taklimat Bahaya Ahlong yang disampaikan oleh Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Cikgu Izham Nayan dan Biro Keahlian dan Khidmat Aduan PPIM, Raden Fatma serta disertai oleh beberapa Aktivis bermula jam 9 malam semalam.
Taklimat ini turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ipd Marang, Asp. Ismail Abdul Ghani dan disertai oleh 100 peserta dari badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti PEKIDA Terengganu, Warisan Anak Melayu Bersatu (AMB), Selendang Hitam, Perkasa Bintang 7, Ukhwah Ranting Marang dan beberapa bekas polis.
Antara tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan PPIM kepada masyarakat disamping membina semangat ukhwah bagi bersama-sama membanteras kegiatan perjudian dan Ahlong di Malaysia.
Taklimat ini juga secara tidak langsung membincangkan hala tuju dan memantapkan PPIM di Terengganu bersama kerjasama beberapa NGO di sekitar Terengganu dan Malaysia umumnya. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)