19 September, Kuala Lumpur- PPIM menerima kunjungan daripada pengurusan SPAD yang diketuai oleh Encik Zamri B Mahmud, Ketua, Bahagian Pengangkutan Awam Jalan Raya,SPAD untuk berbincang mengenai permasalahan melibatkan teksi seperti kadar tambang, TEKS1M, dan sebagainya. Turut hadir mewakili SPAD adalah Encik Zachary Ismail B Zee Ismail, Ketua Khidmat Pelanggan SPAD dan Encik Nicholas Lee Khuen Fah,Pengurus Kanan Bahagian Projek Khas (Operasi).
Selain wakil PPIM, beberapa wakil Persatuan teksi juga turut bersama dalam perbincangan ini bagi mencari penyelesaian bersama.
Diharapkan, kerjasama ini akan membawa manfaat kepada semua pihak terutamanya pengguna.