Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2145) ARKIB BERITA PPIM – 20/10/2014 KiniTV – Melayu ‘pendatang’: PEMBELA berang, mahu tindakan keras
20 Oct 2014

  • NGO Melayu mahu Tan disiasat kerana hasutan

  • 11:41AM Oct 20, 2014
  • Kumpulan pertubuhan Melayu berang dengan desakan seorang perwakilan Gerakan supaya pemimpin Umno berhenti membuat kenyataan mengenai “pendatang” kerana menurutnya, orang Melayu juga adalah pendatang.

    Sebuah gabungan 82 kumpulan Melayu-Muslim – Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata presiden Gerakan harus memecat perwakilan Tan Lai Soon kerana membuat komen tersebut dalam mesyuarat agung tahunan parti itu di Setia Alam semalam.

    Timbalan Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya yang mengetuai delegasi ke Ibupejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini, menuntut supaya Tan disiasat di bawah Akta Hasutan.

    Bersama dengan oleh NGO lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pejuang Islam Melayu Malaysia (Pewaris), mereka membuat sekurang-kurangnya tiga laporan polis terhadap ahli Gerakan itu.

    Aminuddin berkata mereka menuntut presiden Gerakan, memecat ahli yang membuat kenyataan agar konsisten dengan janjinya bahwa beliau akan memecat mana-mana ahli yang membuat kenyataan perkauman.

    Mereka juga, tegasnya, mahu pihak berkuasa untuk menyiasat dan Peguam Negara mendakwa Tan Lai Soon di bawah Akta Hasutan.

    Sementara itu, Rakyat Post melaporkan Tan meminta maaf atas kenyataannya semalam.

    Tan dilaporkan berkata beliau amat menyesal dan menurutnya, beliau bermaksud untuk mengatakan bahawa tidak seorang pun rakyat Malaysia yang harus dipanggil sebagai ‘pendatang’, kerana mereka semua adalah rakyat Malaysia