ISU halal bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh masyarakat pengguna terutamanya mereka yang beragama Islam.
Justeru itu, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah memilih tajuk yang begitu dekat dengan pengguna iaitu “Isu Halal: Apa Hak Pengguna” supaya sedikit sebanyak kekeliruan mengenai produk halal dapat dirungkai.
Wacana Sinar Harian Siri ke-29 bakal dihangatkan dengan hujah panel jemputan, Ahli akademik, Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Laboratori Sains Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Prof Dr Jamilah Bakar dan Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhamad Naim Mohd Aziz.
Bahagian 1 hingga 4
Wartawan:Fathin Athirah Hasli Jurukamera:Yusrizal Fauzi Mohamed Md.Nidzam Osman Suntingan:Wan Shahril