Undang-undang dalam negara perlu didaulatkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status atau pangkat sungguhpun seseorang itu bergelar menteri.Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Datuk Nadzim Johan juga berkata, pihak berkuasa sepatutnya menjalankan tanggungjawab dengan lebih tegas dalam menangani pihak yang cuba mencabar perlembagaan negara.