Penguatkuasa Imigresen bersama aktivis PPIM dalam OPS BAH 5 yang diadakan pada 30 OKT 2014 (Khamis) di premis-premis haram di sekitar Kuala Lumpur.
Datuk Nadzim Johan bersama Penguatkuasa ditemuramah oleh media dalam Operasi Serbuan Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) yang ke 5. Operasi ini telah dipecahkan petugas-petugas dan logistik kepada 4 kumpulan untuk membuat serbuan disekitar Kuala Lumpur. Kumpulan ini telah diberi taklimat yang di adakan pada 30 Oktober 2014 (Jumaat) bertempat di Jabatan Penguatkuasa DBKL, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Datuk Nadzim Johan ditemuramah oleh pihak media selepas kejayaan dalam OPS BAH 5 oleh aktivis-aktivis PPIM,NGO-NGO bersama pihak penguatkuasa DBKL,PDRM dan Imigresen.
GRO-GRO yang ditahan dalam OPS BAH 5 tersebut, kerana telah melakukan aktiviti haram,yang kebanyakannya dari warganegara asing yang telah menyalah guna pas lawatan sosial mereka.