Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2313) UTUSAN – 03/01/2015 – MyCC Perlu Siasat Persatuan Peniaga
05 Jan 2015

KUALA
LUMPUR 2 Jan. – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa
menyiasat persatuan peniaga yang didakwa berpakat menaikkan harga barang
dengan sewenang-wenangnya atas alasan harga minyak naik.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar)
berkata, langkah itu perlu bagi mengekang sikap tidak bertanggungjawab
pemborong, peruncit dan peniaga terbabit yang tidak pula menurunkan
harga barang apabila harga bahan bakar diturunkan.
“Saya menggesa pihak berkaitan khususnya MyCC
untuk menggerakkan operasi dan menyiasat setiap persatuan peniaga yang
begitu mudah meletakkan harga pada kadar yang tidak masuk akal dengan
alasan harga minyak naik.
“Sepatutnya, mereka mengamalkan perniagaan yang
jujur dan ikhlas dengan menurunkan harga barang apabila harga bahan
bakar diturunkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mycc-perlu-siasat-persatuan-peniaga-1.43903#sthash.LclyljqX.dpuf

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa menyiasat persatuan peniaga yang didakwa berpakat menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya atas alasan harga minyak naik.
 
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, langkah itu perlu bagi mengekang sikap tidak bertanggungjawab pemborong, peruncit dan peniaga terbabit yang tidak pula menurunkan harga barang apabila harga bahan bakar diturunkan.
 
“Saya menggesa pihak berkaitan khususnya MyCC untuk menggerakkan operasi dan menyiasat setiap persatuan peniaga yang begitu mudah meletakkan harga pada kadar yang tidak masuk akal dengan alasan harga minyak naik.
 
“Sepatutnya, mereka mengamalkan perniagaan yang jujur dan ikhlas dengan menurunkan harga barang apabila harga bahan bakar diturunkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Mulai semalam, harga petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 35 sen seliter manakala harga diesel turun sebanyak 30 sen setiap liter.
 
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, sudah sampai masanya untuk peniaga menurunkan harga barang yang sebelum ini dinaikkan dengan alasan harga minyak naik.
 
“Tanggungjawab ini perlu dimainkan oleh semua pihak bagi memastikan keadilan yang sama diperoleh masyarakat.
 
“Jangan pula kita lupa atau buat-buat lupa tentang perkara ini. Jadi, kita perlu bertimbang rasa sesama kita,” ujarnya.
 
Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya turut mendesak para peniaga menurunkan harga barang selari dengan harga baharu bahan bakar bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami pengguna.
 
Menurut beliau, langkah itu wajar dipertimbangkan menjelang pembukaan penggal baharu persekolahan selain sebahagian besar rakyat di negara ini terjejas akibat bencana banjir.
 
“Inilah masanya untuk peniaga bersama-sama dengan kerajaan membantu mengurangkan bebanan pengguna atau rakyat. Jika sebelum ini mereka menaikkan harga barang kerana harga minyak naik, maka sekarang ini apabila harga minyak turun, mereka pun sepatutnya turunkan harga barang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
KUALA
LUMPUR 2 Jan. – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa
menyiasat persatuan peniaga yang didakwa berpakat menaikkan harga barang
dengan sewenang-wenangnya atas alasan harga minyak naik.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar)
berkata, langkah itu perlu bagi mengekang sikap tidak bertanggungjawab
pemborong, peruncit dan peniaga terbabit yang tidak pula menurunkan
harga barang apabila harga bahan bakar diturunkan.
“Saya menggesa pihak berkaitan khususnya MyCC
untuk menggerakkan operasi dan menyiasat setiap persatuan peniaga yang
begitu mudah meletakkan harga pada kadar yang tidak masuk akal dengan
alasan harga minyak naik.
“Sepatutnya, mereka mengamalkan perniagaan yang
jujur dan ikhlas dengan menurunkan harga barang apabila harga bahan
bakar diturunkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mulai
semalam, harga petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 35 sen seliter
manakala harga diesel turun sebanyak 30 sen setiap liter.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang
dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, sudah sampai
masanya untuk peniaga menurunkan harga barang yang sebelum ini dinaikkan
dengan alasan harga minyak naik.
“Tanggungjawab ini perlu dimainkan oleh semua pihak bagi memastikan keadilan yang sama diperoleh masyarakat.
“Jangan pula kita lupa atau buat-buat lupa tentang perkara ini. Jadi, kita perlu bertimbang rasa sesama kita,” ujarnya.
Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna
Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya turut mendesak para
peniaga menurunkan harga barang selari dengan harga baharu bahan bakar
bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami pengguna.
Menurut beliau, langkah itu wajar dipertimbangkan
menjelang pembukaan penggal baharu persekolahan selain sebahagian besar
rakyat di negara ini terjejas akibat bencana banjir.
“Inilah
masanya untuk peniaga bersama-sama dengan kerajaan membantu
mengurangkan bebanan pengguna atau rakyat. Jika sebelum ini mereka
menaikkan harga barang kerana harga minyak naik, maka sekarang ini
apabila harga minyak turun, mereka pun sepatutnya turunkan harga
barang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mycc-perlu-siasat-persatuan-peniaga-1.43903#sthash.LclyljqX.dpuf