KUALA LUMPUR –
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan menggunakan
sepenuhnya Akta Persaingan 2010 bagi mengawal kenaikan harga barang atau
satu gerakan boikot besar-besaran akan diadakan di seluruh negara.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, rakyat negara ini
sering ‘disembelih’ peniaga jahat yang memanipulasi harga barang
khususnya dalam pakatan dan kerjasama sesama mereka untuk mengaut
keuntungan mudah.
Menurutnya, pihak berwajib perlu bertindak dan tidak membiarkan rakyat ditindas budaya penipu dalam perniagaan.
“Bukti ada di depan mata dan banjir besar baru-baru ini mendedahkan
kerjasama jahat golongan ini naikkan harga sama ada kita susah atau
senang.
“Akta lain seperti Akta Anti Pencatutan dan Akta Kawalan Harga juga
boleh digunakan. Jika pihak berwajib gagal laksanakan sepenuhnya kami
bersedia menggerakkan aktiviti boikot bersama para pengguna,” katanya di
sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm