2344) SHAKKIDO – 08/01/2015 – Cara Betul Lupuskan Al Quran Lama dan Rosak
08 Jan 2015
Pasca
Banjir.
Inilah antara perkara yang sangat penting. Bukan sahaja harta
benda seperti rumah, kereta, motorsikal, haiwan ternakan tetapi juga dari sudut
keagamaan. Banyak juga dilaporkan kerosakan yang melibatkan naskah-naskah Al
Quran. Totally out. Bersalut lumpur.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa
agama menghebahkan kembali prosedur pelupusan naskah al Quran dan buku-buku
agama yang rosak akibat banjir. PPIM berkata sepanjang misi membantu
mangsa banjir baru-baru ini, sukarelawan persatuan itu menjumpai sejumlah besar naskah al Quran yang musnah dan
diselaputi lumpur serta
tidak boleh digunakan lagi.
Apa yang perlu kita ketahui adalah cara yang betul untuk
melupuskan Al Quran yang lama dan rosak.
Al Quran Buruk dan rosak
Bukan hanya Al Quran yang terjejas dengan banjir ini tetapi mungkin juga perhiasan di dinding rumah, yang digantung, yang berbentuk CD, cenderamata dan pelbagai lagi.
Hiasan ayat Al Quran
Cara yang terbaik adalah mengumpul bahan agama dan cebisan ayat Al-Quran berkenaan dalam satu tempat untuk dibakar. Bagi memastikan pembakaran secara sempurna, bahan itu bolehlah dicarik menjadi helaian kecil dan barulah dibakar.
Abunya bolehlah dihanyutkan ke sungai atau laut. Ia juga boleh ditanam di tempat yang tidak di langkah manusia.
Proses buang abu Al Quran di Laut
Selain itu, ada juga usaha syarikat tertentu mengumpul bahan agama untuk proses pelupusan seperti Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang. Proses untuk mengumpulkan abu ini juga bukanlah mudah. Ia mengambil masa selama hampir empat bulan. Petugas terbabit juga perlu melupuskannya dengan teliti.
Jom lihat video dari Sinar Harian yang telah ke sana.
Buka : ISNIN – SABTU
Masa : 8pg – 6ptg
Kadar bayaran :
RM10/kg – Bahan Bacaan
RM6/kg – Al-Quran sahaja
Sila Hubungi
Pejabat : 03-26933049, 26915184 Fax: 03-26933051
019-3376159 – En. Rahmat
017-3085773 – Aizat
Ini ada satu perkhabaran yang perlu dipanjangkan. Kepada mereka yang ingin menyumbang ‘saham akhirat’ ini. Kita bantu dan memberi mereka yang memerlukan. Sama ada surau-surau dan masjid yang dilanda banjir baru-baru ini.
Surah Hud Ayat 44
Wakaf Tafsir Al Quran Multazam
Program wakaf Al Quran ini adalah untuk membantu mereka yang memerlukan naskah Al Quran terutama mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan negeri-negeri lain yang terlibat.
Post Views: 135