Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia (PIKM) dan beberapa NGO lain sekali lagi terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir pada 10 Januari 2015. Kali ini misi menuju ke Kuala Krai, Kelantan bagi memberi sumbangan kepada mangsa banjir di sana.
Pasukan mula berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa dan mula bergerak pada jam 5.30 petang. Pasukan tiba di kawasan Rehat dan Rawat Gua Musang pada pukul 1.00 tengah malam dan bermalam di sana sebelum meneruskan misi pada esoknya.
Pada 11 Januari 2015 jam 10.00 pagi pasukan misi meneruskan perjalanan ke jajahan Gua Musang bagi menyampaikan sumbangan. Sumbangan diberikan terus ke tangan mangsa dan pasukan memberi sumbangan dari rumah ke rumah.
Pasukan terus menyampaikan sumbangan dan membantu penduduk sehingga petang. Jam 5.00 petang pasukan bergerak balik ke Kuala Lumpur.