PUTRAJAYA, 30 Jun — Seramai 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima surat cara dan pelantikan hari ini.
Mereka, yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Panel Penilaian Operasi (PPO).
Surat cara dan pelantikan dalam badan bebas bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, di Ibu Pejabat SPRM di sini.
SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata seramai tujuh ahli LPPR telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.
Pelantikan tersebut adalah atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694), katanya.
Ahli-ahli LPPR :
YBhg. Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi) Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara
YBhg. Tan Sri Ismail Omar Bekas Ketua Polis Negara
YBhg. Datuk Seri Azman Ujang Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)
YBhg. Datuk Seri Akhbar Satar Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia
YBhg. Datuk Dr Hamzah Kassim Pengarah Urusan The IA Group
YBhg. Datuk David Chua Kok Tee Pengarah Urusan DC&A Group
YBhg. Professor Madya Dato’ Dr Mohammad Agus Yusoff Ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia
SPRM berkata seramai 12 ahli PPPR dan lima ahli PPO pula dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.
“Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022, manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April 2020 hingga 30 Mei 2022,” katanya.
Ahli-ahli PPPR:
YBhg. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi) Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
YBhg. Dato’ Manja Ismail Pengarah Urusan Berita Dan Hal Ehwal Semasa Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
YBrs Prof. Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya
YBhg. Dato’ Chamil Wariya Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI)
YBhg. Datuk Freddie Fernandez Presiden Persatuan Karyawan Malaysia
YBrs Saudara Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia
YBhg. Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
YBrs Cik Norita Che Ali Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan
YBhg. Dato’ Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)