Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2404) MALAYSIA KINI – 4/12/15 – PPIM HARAP SULTAN TUTUP JUGA PUSAT HIBURAN JOHOR
05 Dec 2015

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengkaji semula pengharaman vape di negeri itu.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, sultan sepatutnya menutup pusat hiburan dan judi di negeri itu terlebih dahulu kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Itu hak baginda (haramkan vape), tetapi ia perlu dilihat kembali.

“Apa yang dinyatakan oleh Sultan Johor itu ada baiknya (haramkan vape) tetapi ada yang juga tidak sesuai pada pandangan kita kerana (terdapat) orang gunakan vape untuk berhenti merokok.

“Saya minta Tuanku tambah (arahan) untuk tutup judi haram, pusat hiburan di Johor.

“Ia perkara depan mata (yang jelas),” katanya dalam sidang media di pejabat PPIM di Kuala Lumpur.

Minggu lalu, sultan Johor bertitah supaya larangan penjualan vape di negeri itu dikuat kuasa awal Januari depan.

Nadzim berkata, vape dilihat cara yang berkesan bagi perokok untuk berhenti.

“Ramai kawan-kawan saya ini mula berhenti merokok disebabkan ada alternatif (vape),” katanya

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/322177