Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2432) SINAR HARIAN – 22/01/2015 – PPIM, Cuepacs Gabung Perangi Penipuan
22 Jan 2015

Nadzim Johan 
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini
bersama melancarkan “Kempen Perangi Penipu Pengguna”.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya telah menerima
banyak aduan daripada pengguna mengenai perihal mereka ditipu oleh itu
sudah tiba masanya mereka untuk ‘menyerang’ pihak penipu tersebut.

“Melihat perkembangan yang tidak sihat yang berlaku di luar sana yang
telah  datangkan kesusahan yang sangat banyak kepada kita para pengguna,
iaitu sebagai pengguna dan rakyat Malaysia.

“Baru-baru ini saya berbincang dengan Cuepacs kerana  melihat keadaan
ini amat sedih pasal kita sejak daripada lahir sehinggalah  ke liang
lahad memang ditipu, kita  sering kena  tipu.

“Jadi kita terima  banyak aduan dan penipu-penipu diluar sana, suka  menipu  pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.

“Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli Cuepacs yang ramai
untuk kita hantar ‘signal’ yang jelas supaya  kita tidak mahu lagi
ditipu cukup, “enough is enough”.

“Setelah  kita berbincang dengan Datuk Azih Muda (Presiden Cuepacs) 
untuk merancang bagi mengistiharkan  tahun 2015 sebagai tahun perangi
penipu,” katanya ketika sidang media bersama PPIM dan Cuepacs di Ibu
Pejabat PPIM Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelasnya ‘penipu’ tersebut adalah merujuk kepada peniaga, pemberi
pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan, syarikat MLM, dan
banyak lagi yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.

Jelasnya lagi kebanyakan aduan yang terima olehnya adalah daripada  pegawai kerajaan.

“Pegawai  kerajaan  mudah ditipu kerana  mereka mudah dapat pinjaman
ada gaji RM2,000 dapat pinjaman sampai RM200,000  janji  pelaburan
akhirnya tidak menjadi apa benda.

“Kita amat prihatin , dia tipu semua orang, tetapi tentang pegawai
kerajaan ini, penipu mudah dapat sasarkan mereka kerana mereka mudah
buat pinjaman… jadi tahun ini kita akan perangi mereka,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Presiden Cuepacs Datuk Aziz Muda.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/ppim-cuepacs-gabung-perangi-penipuan-1.352974