Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam mendedahkan air mineral dalam botol 500 mililiter (ml) sepatutnya boleh dijual pada harga RM1.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata kajian selama empat minggu oleh Jawatankuasa Pusat Boikot Pengguna persatuan itu mendapati kos pengeluaran di kilang bagi sebotol air mineral 500ml ialah 0.51 sen.
Katanya, selepas melalui rantaian pengedaran yang terdiri daripada pemilik jenama, pengedar, pemborong dan peruncit yang secara keseluruhannya mengambil 70 peratus keuntungan, harga sebotol air mineral saiz itu yang boleh dijual ialah serendah 0.90 sen.