Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2468) ANTARAPOS – 03/02/2015 – Kenyataan Ismail Sabri Bukan Rasis Tapi Isu Kepenggunaan, Kata PPIM
06 Feb 2015

Post Pic
SHAH ALAM: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertahankan
kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob berhubung cadangannya yang meminta pengguna Melayu
memboikot peniaga Cina, baru-baru ini.

 

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kenyataan tersebut tidak
boleh dilihat sebagai rasis, kerana ia adalah kenyataan yang dibuat dari
sudut kepenggunaan.

 

Justeru beliau sama sekali menyanggah kenyataan pemimpin DAP yang
menyifatkan Ismail Sabri sengaja mahu menyemarakkan kebencian terhadap
kaum Cina dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. 

 

“Itu memang kerja DAP. Memang mereka suka semarakkan semangat orang
marah,” ujarnya kepada Antarapos, merujuk kepada kenyataan seorang Ahli
Parlimen daripada DAP, Ong Kian Ming.

 

Jelas Nadzim, DAP sengaja ‘mengalihkan’ perhatian untuk membuatkan
seolah-olah kaum Cina yang menjadi mangsa kepada sikap rasis orang
Melayu, sedangkan parti berkenaan yang mengamalkan rasis.

 

Malah ujar Nadzim, sebaliknya kaum Melayu adalah yang menjadi mangsa
rasis apabila terdapat khabar yang mengatakan restoran yang berkonsep
kopitiam, Old Town White Coffee tidak dibuka francais kepada kaum
Melayu.

 

“DAP tidak mempunyai hak untuk bercerita pasal semangat.. itu memang
kerja dia (menyemarakkan kemarahan). Dia (DAP) yang buat begitu jadi tak
payahlah dia komen. Lebih baik dia tidak melibatkan diri dia dalam
membuat komen yang berkaitan perkara yang sensitif sebagaimana yang dia
biasa buat,” ujarnya.    

 

Ong yang juga Ahli Parlimen Serdang hari ini berkata, kenyataan Ismail
Sabri pada Ahad lalu bukan saja menimbulkan perasaan benci dan dengki
orang Melayu terhadap peniaga berbangsa Cina, malah ia juga
menyemarakkan rasa benci terhadap masyarakat Cina secara umum. 

 

Ong juga mengaitkan kenyataan berkenaan sebagai berunsur hasutan kerana
menepati Artikel 3 (1) (e) dalam Akta Hasutan 1948 yang menyatakan
sesuatu ‘kecenderungan menghasut’ ialah kecenderungan bagi mengembangkan
perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk
yang berlainan di Malaysia.

 

Justeru, beliau menyeru agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengarahkan Ismail Sabri memohon maaf atas kenyataannya itu dan menarik
balik tuduhan tidak berasas terhadap peniaga Cina.

 

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, apa yang disuarakan Ismail Sabri adalah hakikat yang perlu diakui semua pihak. 

 

Malah tambahnya, apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri yang meminta kaum
Melayu memboikot peniaga Cina, adalah antara satu tindakan tegas bagi
mengelakkan pengguna terus tertindas, yang mana langkah itu pasti akan
berkesan sama seperti yang pernah dilakukan terhadap McDonalds, tidak
lama dulu. 

 

“Saya tak lihat perkara itu sebagai satu perkara yang kita tak harus
terima apabila kita telah merdeka hampir 60 tahun. Jadi kita harus
terima fakta itu, tak payah nak berselindung kononnya kita bagus dan
sebagainya,” kata beliau.

Sumber : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wlc5pkaA==