Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2471) MYNEWSHUB – 25/12/15 – AKTIVIS PPIM BELA HAK PENGGUNA DITAHAN POLIS?
26 Dec 2015

ALKISAH aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran
berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini.
Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat
Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak
bertanggungjawab.
Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia
tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan
seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.
Namun laman blog Parpukari baru-baru ini
melaporkan penulisnya cukup sedih apabila melihat salah seorang aktivis kini
ditahan pihak polis. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sumber maklumat itu.
Dosa Muhammad Yusuf ialah pergi untuk mendapatkan keadilan
demi pelanggan yang dikurung selama 4 jam oleh peniaga tidak bertanggungjawab
di pusat beli-belah Kota Raya di Kuala Lumpur tempoh hari!
“Macam mana pulak dengan peniaga penipu itu? Apakah tindakan
sudah diambil? Kalau sudah diambil apakah peniaga jahat dan penipu itu sudah
ditangkap?” soal penulis Parpukari.
Kita tidak tahu apa yang berlaku pada peniaga tersebut,
tetapi apa yang pasti aktivis pembela rakyat tertindas oleh peniaga tersebut
sudah berjaya ditahan pihak polis ketika hari cuti Maulidur Rasul pada Khamis.
Di mana keadilan untuk aktivis ini? Kalau semua aktivis
dilayan teruk sebegini, kita takut nanti tiada siapa yang mahu lagi membela
nasib rakyat tertindas kelak.
“Yalah asalkan pergi bertanya atau mendapatkan keadilan untuk
yang tertindas, yang membela pula kena masuk lokap. Ada ke patut macam ni?”
tanya Parpukari lagi.
Kadang-kadang ada tertanya-tanya, kenapakah pihak peniaga di
Plaza Low Yat dan Kota Raya begitu kebal? Kenapa pihak KPDNKK pula tidak mahu
mengambil sebarang tindakan?
Penulis blog ini membuat andaian, apakah telah berlaku
semacam satu ‘perjanjian persefahaman’ antara pihak penguat kuasa dan peniaga
jahat ini? Mungkin SPRM kena siasat akan perkara ini.
Zaman sudah maju, negara kita bakal menuju 2020 tetapi
penguatkuasaan lemah. Kadang-kadang dah buat aduan tetapi masih belum ada
tindakan hingga membuatkan rakyat terpaksa mengambil tindakan sendiri.
“Apabila sudah kecoh kerana hendak menuntut hak, yang
menuntut dan teraniaya itu pula sebaliknya dimasukkan ke dalam penjara,” tambah Parpukari dalam
nada nada secara sinis.
Dalam keadaan sekarang ini, ketika kenaikan harga barangan
masih berlaku dan apabila kena tipu dengan peniaga tidak bertanggungjawab,
memang setiap pengguna pasti sakit hati.
Kalaulah KPDNKK masih wujud dan berkerja dengan penuh
amanah, tidak akan berlaku perkara sebegini. Kepada Ketua Polis Negara,
berilah muka sikit dengan aktivis sebegini.
Mereka bukan penjenayah tetapi mereka adalah pejuang untuk
rakyat. Mereka membuat kerja bagi pihak penguat kuasa yang sudah lama ‘mati’
konon akibat rasuah. Kasihanilah mereka.
Parpukari mengakhiri tulisannya dengan
mengucapkan “SELAMATKAN NEGARA DARIPADA PENIAGA BANGKAI!
Yang membela masuk penjara dan yang menipu terus menipu
serta menindas  rakyat akibat sikap beberapa pegawai penguatkuasa yang
‘menjual’ maruah diri demi kesenangan hidup.

“Semoga Allah selamatkan negara kita ini,” kata
penulis itu menutup rencananya. – Mynewshub.cc/