KISAH derita orang bandar sering didengari dalam media, terutama tentang tekanan kos sara hidup yang terlalu tinggi di bandar.
Hanya dengan gaji RM3,000 sahaja tidak menjamin masa depan cerah bagi mana-mana individu apatah lagi bagi sesebuah keluarga.
Bantuan kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup dibandar yang meliputi bebanan harga minyak, tol, rumah dan kos harga barang yang tinggi.
Ikuti kupasan bernas dari ahli-ahli panel Wacana Sinar Harian siri ke-37 petang ini yang akan membincangkan topik ini khususnya dalam mencari punca masalah ini berlaku dan cara mengatasinya.
Antara ahli panel tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan