Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2499) SINAR ONLINE – 19/1/16 – GAJI PENGUATKUASA RENDAH, ANTARA SEBAB RASUAH
19 Jan 2016

Nadzim Johan
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, antara penyebab yang menjadikan negara kita makin tenat ekonominya adalah berkaitan dengan pemberian gaji pengkuatkuasa yang rendah.
Nadzim Johan, ini sekaligus mewujudkan budaya rasuah kerana kadangkala pihak berkuasa mengambil kesempatan untuk ‘mencari duit lebih’ dengan cara menyuap pesalah kerana merasakan gaji mereka terlalu sedikit dan tidak mampu menampung kos kehidupan seharian.
“Gejala ini saya tidak menyokong sama sekali, cuma bayangkan gaji penguatkuasa, kalau mereka mula berkerja lebih kurang dalam RM1,200 ke RM1,500, duduk (tinggal) di Kuala Lumpur siapa boleh duduk dengan gaji begitu di KL.
“Lepas itu caranya penguatkuasa ini ambil kesempatan dengan kuasa yang mereka ada, yang mana akhirnya akan memberi derita kepada orang lain, contohnya pengkuatkuasa dapat RM50 ‘lori boleh lepas’, dapat RM2,000 bangunan boleh lulus, jadi masalah yang timbul selepas itu macam anai-anailah.
“Bila bangunan sudah siap dia akan runtuh, oleh itu kita perlu cari penyelesian dengan harapan masalah ini dapat dikurangkan dan dapat diatasi,” katanya dalam Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini‎.
Oleh itu ujarnya, kajian yang mendalam diperlukan untuk mencari punca kepada permasalahan ini, supaya ia tidak terus menjadi barah kepada ekonomi negara.
“Ini yang perlu kita ubah, gaji rendah mereka yang sepatutnya amanah buat kerja tidak amanah, warden, penguatkuasa dia terpaksa mencari duit luar, macam kitalah tidak beri duit kepada anak kita lepas itu kita marah dia mencuri, dia pun hendak makan juga, bukan hendak sokong ini hakikat yang perlu kita lihat, kita perlu kaji, selesaikan,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/gaji-penguatkuasa-rendah-antara-sebab-rasuah-1.474216