Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2501) HARIAN METRO – 25/02/2015 – SKMM Kaji Saranan Menteri
25 Feb 2015

Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji mengenai saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meminta syarikat telekomunikasi menawarkan pakej jalur lebar pada harga lebih rendah.
Pengerusinya Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, kajian lebih terperinci perlu dilakukan bertujuan menilai kewajarannya kerana ia perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk struktur dan kedudukan syarikat telekomunikasi itu sendiri apabila perkara itu dilaksanakan.
“Melalui kajian ini, kami bukan saja akan mendapatkan maklum balas daripada syarikat telekomunikasi, namun pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut memberi pandangan mengenai saranan terbabit,” katanya pada sidang media selepas pelancaran dan taklimat Program Pelabelan Kendiri (SLP) di sini, semalam.
Sebelum ini, Ahmad Shabery Cheek menyarankan supaya syarikat telekomunikasi menawarkan pakej jalur lebar pada harga lebih rendah bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati perkhidmatan itu.
Menurutnya, kos pengendalian telekomunikasi sepatutnya menurun berikutan syarikat seperti Telekom Malaysia dan Time menjual gentian optik secara borong kepada syarikat telekomunikasi pada harga lebih rendah.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/32927