Pada Februari 2015 lalu, seramai
57 orang bekas pelajar perubatan di Mesir bersama Kumpulan Ibu Bapa
Pelajar-pelajar Egypt Transfer Credit ( PETC ) telah datang bagi membuat aduan
di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkenaan dengan
kegagalan mereka mendapatkan pinjaman pembelajaran dari pihak MARA. Antara
unversiti yang terlibat adalah Cyberjaya University College of Medical science
(CUCMS), Segi University dan Management and Science University (MSU).
Dengan bantuan beberapa
pihak dan juga individu, perkara ini dapat diselesaikan dan pelajar-pelajar
tersebut telah berjaya meneruskan pengajian mereka.
Sebuah majlis kesyukuran dan sebagai tanda penghargaan terima kasih
telah diadakan oleh PETC pada 31 Januari 2016 lalu di Bangi kepada individu dan pihak-pihak yang terlibat membantu.